Sungai – Zakaria Ali
sungai ini tak pernah
menyoal dari mana ia bermula
sebab arusnya terlalu
membuta nuju deras ke kuala.
di pergunungan tika ia
ngalir ganas melalui terjunan
jeritannya menjadi
hiba sebab disenyapkan oleh hujan.
di lembah ngalirnya
pelahan kerana bumi kian mendatar
ia berbisik tentang
mimpi yang diharumi oleh si mawar.
dan di lautan ia belum
pasti ingin bercampur
sebab dirinya tawar
dan badannya penuh lumpur.
Dewan Sastera, April
1971
Ulasan
Catat Ulasan