Kesepian – Rejab FI

© Makoto Shinkai 5 Centimeters per Second (2007)

Kesepian adalah
sebuah syurga
sebuah neraka
bebunga kasih dan resah
dalam kuntum-kuntum penghidupan.

tika penularan resah
mencengkam dada
membingar sukma
kesepian adalah
kuntum-kuntum embun segar
bayu kemesraan
mawar kedamaian.

bila penularan putus asa
meremuk dada
menghiris jiwa
kesepian adalah
ombak derita
taufan kecewa
perjalanannya di puncak
atau kembara di pantai
di mana akhirnya
mayat tersadai.


Dewan Sastera, Ogos 1972

Ulasan

Catatan Popular