Bahawa Aku Pernah Hidup - Zurinah Hassan

© Genius (2016)

Aku berjalan di bawah lampu
di kiriku laut
di kanan gunung
rasaku
di atas timbunan lagu-lagu.

Bila mendakap pantai laguku
getarannya irama ombak
gementar salam pelaut
basah di air masin
pecah di air mata.

Di antara bangunan tinggi
sesak nafasnya
dalam keringat buruh
anak slum terlunta.

Bila mendaki gunung
rimba
& puncak sepi menanti.

Lagu laut, kota dan gunung
dalam nafasku
adalah bukti
bahawa aku pernah hidup di dunia ini.

Dewan Masyarakat, Julai 1971

Ulasan

Catatan Popular