Satu Percakapan Singkat dengan Teman Penyair – Zurinah Hassan

tentang cinta kita pada puisi
tidak ada perbezaannya
tentang pandang kita
terhadap kehidupan
pun tidak banyak
perbezaan
tetapi kau lelaki
dan aku perempuan
di sinilah letaknya
perbezaan
seorang lelaki
membebaskan diri
untuk menyempitkan
pilihan
seorang perempuan
menyempitkan pilihan
untuk membebaskan
diri.
Dewan Sastera, Julai
1983
Ulasan
Catat Ulasan