Malam Ini – JM Aziz

Malam ini
(seperti malam-malam yang lalu)
kulihat ia selalu menguntum senyum
ketika menyambut ketibaanku
untuk bersatu dan berlakon
cerita anak pelaut
memburu hidup
pemburu maut.

Malam ini
aku di ranjangnya
kudakap dan kupeluk tubuhnya
seperti selalu-selalu
kami sesarung sekain
selagi fajar belum menyinsing.

Malam ini
kudatang lagi
dengan kolek dan pengayuh sebilah
di atas dadanya peluhku melimpah
tapi ia dengan manja menyerah
kerana ia sendiri mengetahui
dan mengerti
nasiku ada di sini.

Disember, 1970

Ulasan

Catatan Popular