Petang Condong - T. Alias Taib

petang condong tiba di usiaku
membawa warna lembut ke wajahku
serta mengubah pandanganku:
    pada gerak dan tindak
        dan jalan yang kupilih
    pada sikap dan tanggap
        dan fikiran yang kuatur.
petang turun perlahan
membawa tenang ke dalam langkahku.

kerana usiaku kian melengkung
maka hidupku harus sederhana.

Petang Condong, 1996

Ulasan

Catatan Popular