Langkau ke kandungan utama

Catatan

Wawancara Muhammad Haji Salleh

Diwawancarai SUTUNG UMAR RS dan RAHMAN SHAARI

Pengarang ini hanya mula dikenali di tanah air pada akhir 1960-an meskipun beliau sebenarnya telah menulis lebih awal lagi. Beliau telah banyak menghabiskan usia beliau di luar negeri dan menulis puisi yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Penglibatan beliau dalam bidang puisi mula diperkatakan oleh para pengkritik apabila beliau kembali ke tanah air.
Muhammad Haji Salleh, yang kini lebih dikenali sebagai penyair dan penulis esei serta kritikan sastera yang disegani, telah menulis semenjak di Maktab Perguruan Tanah Melayu di Brinsford pada tahun 1963. Oleh kerana latar belakang persekolahan yang hampir pada bahasa dan kesusasteraan Melayu dan Inggeris, beliau menulis dalam kedua-dua bahasa itu sekali gus. Beliau terpengaruh dengan T.S. Eliot dan W.H. Auden yang beliau minati pada waktu itu, dan hal ini dapat dikesani dalam puisi-puisi beliau dalam bahasa Inggeris.
Dilahirkan di Taiping, Perak pada 26 Mac 1942, Muhammad Haji Salleh mendapa…
Catatan terbaharu

Telor – Sapardi Djoko Damono

Ada sebutir telor tepat di tengah tempat tidurmu yang putih rapih.
    Kau, tentu saja, terkejut ketika pulang malam-malam dan
    melihatnya di situ. Barangkali itulah telor yang kadang hilang
    kadang nampak di tangan tukang sulap yang kautonton sore tadi.
Barangkali telor itu sengaja ditaruh di situ oleh anak gadismu atau
    istrimu atau ibumu agar bisa tenteram tidurmu di dalamnya.

Akuarium, 1974

Narsisus – Sapardi Djoko Damono

seperti juga aku: namamu siapa, bukan?
pandangmu hening di permukaan telaga dan rindumu dalam
tetapi jangan saja kita bercinta
jangan saja aku mencapaimu dan kau padaku menjelma

atau tunggu sampai angin melepaskan selembar daun
dan jatuh di telaga: pandangmu berpendar, bukan?
cemaskah aku kalau nanti air hening kembali
cemaskah aku kalau gugur daun demi daun lagi

Mata Pisau, 1972

Berjalan Ke Barat Waktu Pagi Hari

waktu aku berjalan ke barat di waktu pagi matahari mengikutiku di belakang
aku berjalan mengikuti bayang-bayangku sendiri yang memanjang di depan.
aku dan matahari tidak bertengkar tentang siapa di antara kami yang telah menciptakan bayang-bayang
aku dan bayang-bayang tidak bertengkar tentang siapa di antara kami yang harus berjalan di depan

Mata Pisau, 1972